Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (1)


Negeri Sabah terkenal dengan Gunung Kinabalu, Kundasang dan pulau-pulau cantik superti Sipadan, Mabul, Bohey Dulang dan banyak lagi......

Terasa teringin ke sana.......


Selalu tengok ig ramai orang dah sampai ke Pulau Mabul....jeng..jeng... awak jom kita g Pulau Mabul?  Jom.... apa lagi cargas.......pasal tiket kapal terbang serahkan pada saya.


Tarikh pergi 26/2/2016 KL-Tawau

Tarikh balik 29/2/2016 Tawau-KL

Lepas booking tiket flight kami terus cari pakej untuk ke Pulau Mabul. Pilih punya pilih kami memilih co. SipadanBorneo. Pakej yang kami pilih, pakej bajet je, penginapan 2H1M dan snorkerling RM 339.00 seorang. 


Flight kami airasia dari kl-tawau jam 10.40 pagi. Malam sebelum kami berlepas, kami terlebih dahulu menginap di rumah Anak buah  (Annur) dekat Bandar Salak Tinggi. So pagi tu Annur menghantar kami ke stesen ERL. Terima kasih Annur.

Stesen ERL Salak Tinggi


ERL


Kapal terbang sampai lewat sikit.


Kapal Terbang pun sampai...


Pelancong dari Shanghai nak ke Tawau jugak, mereka duduk dekat Hotel Pulau Kapalai

Kapal terbang AK5746 kami pagi tu sampai lewat sedikit. So kena menunggu lama, sembang-sembang dengan penumpang lain untuk mengelakkan boring. Jemu nak hadap fb & ig je kan. Alhamdulilah, Kapal terbang kami sampai, kami pun beratur masuk ke dalam flight.


KL-Tawau ni, antara destinasi domestik paling jauh dari KLIA. Hampir 3 jam penerbangan. Kira sama jauh dari KLIA ke Pulau Lombok di Indonesia.


Bismillah.....ready to take-off.



Langit dan awam..subhanaullah


Kami order siap-sap masa booking tiket hari tu


Airport Tawau




Naik van dari Airport Tawau ke Semporna


Sampai Bandar Semporna nampak dah hotel Kami

Kami pun mendarat selepas 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Jam 2.30 dekat sini macam dah petang kul 4 mcm tu. Masa dekat gate, ada orang dah standbye nak bawak kami ke Semporna. Kami naik 1 van dengan beberapa pelancong lain. Van ni dah termasuk pakej. so tak panah pening2.

Dalam satu jam perjalanan kami sampai ke Bandar Semporna. Kami terus check-In hotel yang yang booking awal. Hotel Bajet je, tepi laut. Lepas solat kami plan nak ronda-ronda Bandar Semporna.




Ikan segar-segar..fuhhh











Masjid Bandar Semporna, tepi laut je


Sambil-sambil beli kudapan tempatan


Murah betul ikan dekat sini

Petang itu, kami berjalan sekitar Bandar Semporna. Di sini ramai peniaga dari pelbagai bangsa dan kaum. Kebanyakan orang di sini adalah suku kaum Bajau.


Resort di Semporna


Kami makan malam tepi laut



Malam tu, kami makan malam seafood semporna dekat dengan hotel kami je. Tepi laut... lepas tu kami balik berehat. Esok pagi-pagi kami akan ke Pulau Mabul.....yahooooooooo.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)