Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)



Alhamdulilah, hari ke-empat kami di sini. Koh Samui i love u. Kemana pulak hari ini.

Ok, hari yang di nanti-nantikan, kami nak pusing satu Pulau Koh Samui. Sebelum ini kami dan tawaf Phuket & Krabi. Kali ini di sini pulak.


Selepas sarapan pagi di hotel, kami memulakan perjalanan dari Hotel kami Pantai Chaweng ke  Pantai Lamai. Jarak dalam 15 kilometer je. Tapi kami bawak moto slow2 je. Pagi lagi, cuaca pun pagi tu mendung je. Sebelum sampai di Pantai Lamai, kami singgah Lad Koh View Point. Angin sejuk..fuhhh best betul tempat ni.





Maryoo Hotel Samui


Kapal terbang nak landing di airport Koh Samui


Lad Koh View Point


Lad Koh View Point

Beberapa ketika kami menikmati pemandangan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Lamai. pagi tu, kawasan street Lamai ni belum ada ramai orang. So ada MCD dan beberapa kedai makan je yang baru buka. Banyak yang masih tutup lagi...tempat ni kalau sebelah petang & malam memang meriah. 



Lamai Beach Street waktu pagi


Singgah MCD kejap


Signboard nak ke Hin Ta Hin Yai
Kami dah sampai di Hin Ta Hin Yai, jarak dari Pantai Lamai lebih kurang 15 minit perjalanan. Masa kami sampai di sini belum ramai orang. Sempat kami menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.



 Termenung jauh ye..


Hin Ta Hin Yai


Nak upload dalam instagram


Ada sejarah Hin Ta Hin Yai


Gate masuk

Kami meneruskan perjalanan lagi sehingga kami sampai di Shiva Samui dan juga Samui Orchid Resort. 




Rasa nak duduk sini lama-lama, best...



Hotel Shiva Samui

Pemandangan pokok kelapa tepi laut

Ada rezeki kita datang Koh Samui lagi, kita booking sini.


Seterusnya kami ke Perkampungan muslim Koh Samui.....

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)