Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Pertama sekali, syukur kepada Allah SWT memberi peluang untuk mengembara melihat keindahan dan kecantikan bumi Allah yang maha Agung. Baru hari ini 1/1/2018 tergerak untuk berkongsi corat-coret perjalanan dan travelog kami. Sempena tahun baru dan azam baru. Tak ada lah banyak tempat yang telah kami pergi. Rasa rugi pulak  kalau tak ade diari travelog catatan perjalanan kami. Sekurang-kurangnya boleh dikongsikan pengalaman. Sebenarnya kami baru je balik dari Koh Samui & Surat Thani, Thailand.

Baiklah mukadimah untuk permulaan blog ini Travelog Buddies "Jom kita ke Koh Samui dan Surat Thani".


Travelog kami kali ini, plan last minit, al maklumlah hujung tahun 2017 ini, yaaa amat busy dengan kerja-kerja hakiki sehinggakan tak ada masa cuti rehat. Nasib baik minggu terakhir 2017 cuti rehat kami diluluskan...yahooooooo.. jom cuti.


Pilih punya pilih melalui laman web airasia. Mana nak pergi ni? Akhirnya...Jom ke Surat Thani dan Koh Samui. Biasalah last minit, harga tiket tak de lah murah sangat, tapi berbaloi untuk pergi berdua. Kalau naik MAS...faham-fahamlah..last minit lagi mahal. High season pulak tu..semua orang nak holiday. Macam biasa kesukaan saya memilih tiket kapal terbang, si dia suka pilih hotel.. elok lah tu..complete..


27/12/2017 KLIA2 - Surat Thani - Koh Samui

31/12/2107 Koh Samui - Surat Thani
1/1/2018 Surat Thani - KLIA2

Ini antara percutían kami paling lama. Selalu 4 hari 3 malam @ 3 hari 2 malam aje..




Bismillah...kasi swafoto sekali di Gate Pelepasan Antarabangsa KLIA2

Hujung tahun ramai orang bercuti, ramai betul, pelancong yang datang ke Malaysia dan juga nak travel ke Luar Malaysia macam kami. Acah-acah macam nak travel jauh je ye.



Selisih dengan jemaah umrah Indonesia, khabarnya mereka nak balik ke Pontianak,  kesian dorang, mesti penat,  sampai tertidur tunggu flight.



Flight kami jam 11 pagi, lepas kami sarapan pagi, kami terus ke kaunter imegresen..selesai semua urusan. alhamdulilah, tunggu flight AK838 sampai...


Ramai betul mat saleh & salehah nak pergi Surat Thani & Koh Samui.


Masa untuk berlepas..bismillah.. cuaca sangant baik.

Cuaca sangat baik...kapal terbang pun take-off, masa dalam kapal terbang, Borang Imigresen Thailand perlu diisi, tips nak travel negara orang, antaranya kena bawak pen. Senang tak perlu nak pinjam penumpang lain...faham-faham je lah.


Isi apa yang patut
Dalam 11.35 pagi waktu Thailand, kami pun sampai di Surat Thani. Alhamdulilah, Airport Surat Thani, tak de lah besar mana pun. Kecik aje..selesai semua urusan imigresen. Kami jalan-jalan dulu dekat Airport, terjumpa CIMB Thai...ini sudah bagus ada Bank Malaysia dekat Thailand. Tapi sebelum nak keluarkan duit tu, kena la aktifken ATM Oversea dulu. Kami terus ke Kaunter Bas & Ferry Phantip co. untuk tiket perjalanan bas dari Surat Thani ke Jeti Donsak dan feri ke Koh Samui. Tiket Perjalanan Bas + Feri + Van ke Hotel pergi balik 1100 Bath seorang. Kami beli siap-siap untuk perjalanan balik.



Kaunter Phantip.co

Tiket pergi balik


yeah...mocha 1





Beli Sim Kad dulu


Ini bas kami nak ke Jeti Donsak

Perjalanan dari Airport ke jeti Donsak mengambil masa dalam 1 jam setengah. Akhirnya kami sampai di jeti. Feri Seatran dah menunggu kedatangan kami. Besar feri ni, kami plan nak duduk bahagian atas sekali, sambil melihat pemandangan laut dan Pulau-pulau dekat Teluk Thailand ni.



Selamat sampai ke jeti Donsak


Nak beli tiket feri kat sini pun boleh


Jom naik feri


Feri macam cruise


Ramai jugak yang duduk atas


Cuaca Mendung petang tu
Selisih dengan feri Seatran

Bendera Thailand

Melihat pemandangan alam


Best dapat tengok pemandangan 360. lupa habis kerja dekat office  tu.


Akhirnya kami sampai di Koh Samui, Sawadhikap.. macam tak percaya je kami dah sampai Koh Samui. Semalam ada kat ofis, hari ini dah ada dekat Koh Samui. Lepas turun dari feri, kami terus ke jeti dan cari van yang akan bawa kami ke hotel. Masa tu selisih dengan satu couple dari Malaysia.  Dorang pun naik van sekali dengan kami. Cuma dorang turun awal daripada kami. Dalam perjalanan ke hotel kami, kami perhati beberapa tempat yang akan kami pergi nanti. Tengok nama jalan, restoran halal & kedai coffee. Alhamdulilah kami selamat sampai di Hotel Maryoo, Chaweng Beach. Wahhhhh... bestnya hotel ini. Hotel ini kami dah booking awal menggunakan agoda. Puas hati....


Dah sampai Koh Samui...yeehhaaa.



Dah sampai jeti Koh Samui





Terjumpa 1 couple dari Malaysia


Van yang bawa kami ke hotel

Seharian jugak perjalanan kami. Malam tu kami tak da plan nak pergi mana-mana. Selepas solat kami makan makanan yang kami bawa. Sambung esok....



Sampai dah dekat Hotel Maryoo

Ada peta & brosur pakej dekat kaunter reception

Cantik hotel ni



Bekalan yang kami bawak dari KL






Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)