Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (5)



Hari terakhir kami di Koh Samui, pelbagai pengalaman kami lalui sepanjang di sini. Pengalaman yang cukup berharga. Pagi tu kami bersiap awal, kemas apa yang patut..selepas semua siap sambil menanti driver mengambil kami di hotel pada 12.00 pm.

Kami sekali lagi meronda-ronda kawasan Bo Phut. Tapi kali ini mengikut jalan denai.....pagi tu kami breakfast di luar. Sebelum ni kami lalu area ni, x jumpa kedai muslim halal. Bismillah, baca al-fatihah, lepas tu kami baca..Alam Nasrah sampah habis........



Tup-tup..kami ternampak satu gerai kecil tepi bangunan rumah kedai. Allahuakhbar...syukur pada allah, kami ditemukan dengan gerai muslim, kami sempat makan sup ayam lebih kurang macam soto. Sebelum ni kami lalu x nampak pun gerai ni...alhamdulilah kenyang.


Travel Free & easy ni sebenarnya sangat best, tak ikut jadual..so sendiri yang atur jadual. Jam dah menunjukkan 10 pagi, ada lagi 2 jam sebelum check-out hotel. Peluang ni...


Kami merayap sehingga ke sini, Choeng Mon Beach, di sini terletaknya hotel Baiyoke Seacost Resort Koh Samui, huh cantik betul tempat ni. Cuaca pun panas..memang terbaik pemandangan di sini...



Pemandangan dari Hotel Baiyoke Seacost Resort


Hotel Baiyoke Seacost Resort


Boleh menginap dekat sini lepas ni






Mrs map & google, I love u


Menuruni anak tangga ke pesisir pantai, air laut yang berderu-deru..


Buai laju-laju....





Kalau air surut boleh pergi dua pulau kecil tu, Ko Fan Yai & Ko Fan Noi


Lepas puas kami di sini...kami pun balik ke hotel, jam pun dah jam 11.30 pagi. Kami pun balik ke hotel. Check-Out Hotel Maryoo yang sangat ohsem...staff yang sangat baik hati. Kami puas hati...

Jam 12.00 tepat, van kami sampai...selamat tingal Maryoo.  Sebelum kami sampai ke jeti, van kami telah singgah beberapa tempat untuk mengambil penumpang.. sampai kami masuk hotel & resort yang ntah kat mana-mana.. Mimosa Resort???... ehhh...tempat ni pun cantik. aishhh..ada rezeki rasa nak travel lagi ke Koh Samui i love u.. Cantik betul, 360 darjah pulau ini memang cantik. Duduk mana-mana pun cantik.


Mimosa Resort


Pemandangan hadapan Mimosa Resort

Kami sampai di jeti tempat kami sampai tempoh hari. Feri kami pun sampai..akhirnya kami meninggalkan Koh Samui.. Seronok dan syahdu.... tak puas sebenarnya..insha allah kami akan ke sini lagi nanti.....


Selepas kami sampai di jeti, kami menaiki bas Phantip untuk ke SuratThani. Kami menginap di sana..

Feri Seatran


Selamat tinggal Koh Samui


Surat Thani kami datang....




Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)