Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (6)







Dari jeti Donsak, kami menaiki bas ke Stesen terakhir Bandar Surat Thani. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Kami sampai di Surat Thani waktu hampir Senja. Kami ada membuat tempahan hotel di Surat Thani melalui agoda. Hotel Rajthani.. Banyak kami tengok hotel di Surat Thani ni. Tapi hotel ini menjadi pilihan kami. Harga semalam tak mahal pun dalam RM 80 je.. tapi puas hati. Terbaik..

Untuk makluman semua malam tu adalah malam tahun baru 2018. Kire kami sambut tahun baru dekat Surat Thani..hehe.. Pada awal malam, bandar Surat Thani agak sunyi. Dalam jam 8 malam, baru nampak meriah...malam tu perut pun dah rasa lapar...

Google puny gooooogle membawa kami ke rostoran ini. Kami kena berjalan kaki  menuju ke arah tebing sungai. Nama jalan tu Bandon Road, night Boat Port. Tawakal kami jalan kaki, x nak naik tut-tut. Dengan harapan kedai makan tu tak tutup lagi.

Alhamdulilah, syukur pada Allah, kedai makan ni belum tutup lagi. Lega rasanya.. kami order makan tomyam dan ikan masak tiga rasa. Kami makan puas-puas malam tu. Alhamdulilah..syukur pada Allah.

Surau pun disediakan untuk pengunjung di kedai makan ini.



Muka penat, kami dah sampai Surat Thani

Arah masjid di Surat Thani
Stesen bas Surat Thani



Dah sampai Hotel Rajthani, Surat Thani


Dalam Hotel Rajthani


Pencarian kedai makan halal, akhirnya membawa kami ke sin, jarak dari hotel Rajthani dalam 600 meter.i

Abang ini boleh cakap melayu, die owner kedai ini


Malam tu kami lepak tepi sungai

Jambatan Donnok Road


Gerai-gerai berhampiran sungai, ada juga yang halal
Muka dah penat, belakang tu konsert tahun baru 2018

Bandar Surat Thani waktu malam

Konsert tahun baru 2018


Selepas kami makan malam, kami berjalan-jalan sekitar water front Ta pi. Ada juga gerai-gerai muslim halal. Mudah kita nak kenal, sebab peniaga muslim akan memakai tudung atau pun kopiah.

Sebelum rambutan tahun baru, ada konsert di Surat Thani ini. Masa tu belum ramai orang. Jam dah menunjukkan 10 malam. Kami balik ke hotel dan berehat. 

Tepat 12 malam..bunga api menyinari Bandar Surat Thani. Kami tenor dari bilik aje...

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Esok pagi, kami kena check Out Hotel Jam 6.30 pagi. Jam 7 pagi bas akan akan menghantar kami ke Airport. Meeting point kami untuk menaiki bas ke airport berdekatan dengan Stesen bas utama Surat Thani. Jalan kaki dalam 5 minit je.

Tengah siapkan album client @nusantaraphoto

bye-bye Surat Thani




Airasia kebanggaan Malaysia


Kami bergerak ke airport, sampai di airport kami terus check in dan sarapan pagi di airport. Alhamdulilah, si merah kebanggaan Malaysia, Airasia pun tiba.

Alhamdulilah, selamat tinggal surat Thani dan Koh Samui. Banyak pengalaman kami lalui sepanjang kami di sini. Pahit manis dan susah senang di lalui bersama.

Kami selamat mendarat di KLIA 2. ...Insha Allah bulan april nanti kami akan ke Subaya untuk destinasi travelog buddies kami.

alhamdulilah.. terima kasih kepada semua follower yang sudi membaca travelog kami.

follow ig saya. @haiky_ahmad
email : nusantaraphotocreative@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)