Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (2)



Pagi tu kami bangun awal. Terdengar azan waktu subuh. Waktu masa tu awal lagi. Dalam jam 4.45 pagi lebih kurang. Ye lah kat sini, siang lebih awal dari semenanjung.

Kami pagi tu perlu check-out awal dari berjalan kaki ke jeti. Seterusnya kami ke kaunter Sipadanborneo untuk mendaftarkan diri.
Mengantuk, Bangun awal

Ke mana tu yeop


Restoran pun baru buka


Bergambar di sini dulu

Cantik betul pemandangan pagi ni, angin sepoi-sepoi bahasa



Selepas kami mendaftar di kaunter Sipadan Borneo, kami menunggu bot kami sampai..sambil tu layan pemandangan pagi dekat Semporna ni, memang SEMPURNA.....Best.









Akhirnya, selepas beberapa ketika, bot kami sampai..bismillah, cuaca pagi tu sangat baik. Mabul aku datang..bermula lah perjalanan kami.

Bot pun bergerak meninggalkan Semporna menuju ke Pulau Mabul, kami bertiga je  termasuk driver bot tu.
Kami enjoy melihat pemandangan laut luas, di hiasi dengan pulau-pulau kecil yang memukau. Cantik betul...perjalanan ke Pulau Mabul mengambil masa 1 jam lebih kurang. Bot kami memang laju..




Tengok ombak bot tu...laju...

Sampai terangkat bot kami

Kami dah nak sampai Pulau Mabul, Alhamdulilah
Ini hotel kami di Pulau Mabul, atas air

Ya Allah, cantiknya pulau Mabul ni, air laut jernih betul, itu bot kami tadi. Kami  parking depan hotel.

Terkedu sekejap..cantik betul pulau mabul ni, patutlah ramai yang nak datang sini.. kami check-in dulu ye...fuhhhh tak sabar nak explore pulau mabul ni.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)