Petang tu lepas solat asar, kami bercadang untuk jalan-jalan mengeliling pulau. Bro Asli menemani kami. Canteekkk sangatlah tu, die pun free petang tu x de aktiviti menyelam.
Jom kita jalan-jalan mengelilingi pulau Mabul. Tak jauh dari hotel kami, kami sampai ke Mabul Water Bungalow Resort terlebih dahulu. Resort ini antara yang paling ekslusif dan mahal di Pulau Mabul. Lokasi sangat strategik dan terbaik....petang tu angin dan ombak menemani kami.
 |
Mabul Water Bungalow Resort |
 |
Welcome to Mabul Water Bungalow Resort |
 |
Cantik pemandangan di sini |
 |
Rasa nak terjun je..heheheee |
 |
Tenang |
 |
Angin kuat masa ni, Alsi temankan kami |
Punyalah lama kami dekat Mabul Water Bungalow Resort, tak perasan hari dah semakin petang. Kami sampai ke resort kedua petang tu. Sipadan Water Village, Pulau Mabul. Resort ini pun boleh tahan jugak cantik. Ramai pelancong luar negara menginap di sini. Tak puas dekat sini sebenarnya...kami meneruskan perjalanan kami.
 |
Sipadan Water Village, Pulau Mabul |
 |
Hari dah gelap, apa nak buat.. |
 |
Alsi bagitau, ini lokasi filem duyong, as pa le..la..le.la.le..la |
Hari semakin gelap, waktu tu baru jam 6 petang lebih kurang, kami terpaksa memendekkan rondaan kami petang tu. Kelihatan abang-abang polis sedang membuat rondaan keselamatan. Selamat bertugas ya abang-abang, kami hargai jasa anda menjaga keselamatan kami di sini.
 |
Bergambar dalam gelap, Selamat datang ke Kg Sama Relaut, Pulau Mabul |
 |
Ada kedai runcit orang kampung di sini |
 |
Ada lagi resort cantik, lalu je tak singgah |
 |
Depan sekolah Pulau Mabul |
Kedengaran sayup-sayup azan maghrib berkumandang dari Masjid Pulau Mabul. Esok kami akan pusing Pulau Mabul Lagi....selamat malam.
Comments
Post a Comment