Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (4)-2






Alhamdulilah, kami sampai ke Perkampungan Muslim di Koh Samui


Setelah beberapa hari kami di sini, hari ini kami dapat melihat masjid. Di sinilah terletaknya Koh Samui Centre Mosque. Masjid utama di Koh Samui. Sebenarnya menurut penduduk di sini terdapat bêberapa lagi masjid dan perkampungan sekitar Koh Samui. Tetapi di sini antara perkampungan terbesar.


Ketika kami sampai, waktu zohor hampir tiba, bila berkumandang azan ketika itu, Allah...rasa nak menitis air mata dan sebak.......





Nurul Ihsan Islamic School


Pintu gerbang


Koh Samui Central Mosque



Kampung yang cukup sederhana, kami menyusuri lorong-lorong kampung dan menyapa mereka. Apa yang menarik, mereka cukup fasih dan faham bahasa melayu. Mereka kebanyakan berasal dari Pattani. Ada yang pernah belajar dan bekerja di Malaysia. Kebanyakan penduduk kampung di sini bekerja sebagai nelayan, petani dan juga peniaga.

Kenangan bersama-sama anak-anak di sini


Jalan sekitar masjid

Kami sempat mengerjakan solat jamak di Masjid. Alhamdulilah, Kami berharap lepas ini, ramai   sahabat-sahabat kita di Malaysia untuk datang ke sini membantu dan membangunkan kampung ini. Mereka memerlukan bantuan dan sumbangan kita. Mereka saudara mara se-islam kita.





Anak-anak sedang membeli makanan dan jajan


ada restoran melayu


Nelayan sedang membetulkan jala



Hasil penduduk di sini


Assalamualaikum nenek


Semoga anak-anak ini berjaya 


Pintu masuk ke sekolah Nurul Ihsaan


Bersama anak-anak muslim Koh Samui


Kami makan tengahari di sini


Bahasa melayu jawi digunakan di sini


jadual waktu solat

Selepas solat kami makan di Kedai melayu di hadapan masjid. Alhamdulilah kenyang...semoga di beri kesempatan untuk kesini di masa hadapan. Banyak pengalaman yang kami lalui di sini walaupun sekejap. Kami meneruskan perjalanan ke Taling Ngam.....

Tengahari tu cuaca redup je...sambil bawak motor, sembang laki bini tentang Koh Samui.. akhirnya kami sampai di Taling Ngam..

Taling Naam May Thai


Pintu gerbang gajah


Salah satu pantai di Taling Naam yang sempat kami singgah






Cuaca Mendung je, Kalau musim panas ni, mesti laut dan pantai ni nampak cantik


Jeti dari salah satu resort mewah di sini


Kami singgah di jeti tempat kami mula-mula sampai


Penduduk di sini sedang menjadi kerang


Selepas 8 jam perjalanan mengeliling Pulau akhirnya kami kembali ke titik asal di Centra Festival Koh Samui, Ngopi dulu...




Santai-santai di tepi pantai Chaweng


Wah boleh dinner kat tepi laut





Hard Rock Koh Samui

Ketam black papper santapan kami malam tu



Kebetulan dinner dengan 1 family dari phuket

Sempat bergambar dengan brother kedai Sabai-sabai Restaurant


Selepas mengopi, kami ke patati Chaweng, waktu pun dah nak maghrib, kami just jalan-jalan menyusuri pantai. Seronok jugak, ramai orang dekat pantai. Sebelum menghabiskan perjalanan hari ini. Kami singgah untuk makan malam di restoran Sabai-sabai lagi.

Banyak pengalaman baru yang kami lalui sepanjang hari ini. Alhamdulilah, bersambung hari esok, hari terakhri kami di Koh Samui....

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kita ke Koh Samui dan Surat Thani, Thailand (1)

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)