Posts

Showing posts from 2018

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (4)

Image
Petang tu lepas solat asar, kami bercadang untuk jalan-jalan mengeliling pulau. Bro Asli menemani kami. Canteekkk sangatlah tu, die pun free petang tu x de aktiviti menyelam.  Jom kita jalan-jalan mengelilingi pulau Mabul. Tak jauh dari hotel kami, kami sampai ke Mabul Water Bungalow Resort terlebih dahulu. Resort ini antara yang paling ekslusif  dan mahal di Pulau Mabul. Lokasi sangat strategik dan terbaik....petang tu angin dan ombak menemani kami. Mabul Water Bungalow Resort Welcome to Mabul Water Bungalow Resort Cantik pemandangan di sini Rasa nak terjun je..heheheee Tenang Angin kuat masa ni, Alsi temankan kami Punyalah lama kami dekat Mabul Water Bungalow Resort, tak perasan hari dah semakin petang. Kami sampai ke resort kedua petang tu. Sipadan Water Village, Pulau Mabul. Resort ini pun boleh tahan jugak cantik. Ramai pelancong luar negara menginap di sini. Tak puas dekat sini sebenarnya...kami meneruskan perjalanan kami. Sipad

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (3)

Image
Lepas kami check-in hotel, kami ke kaunter pendaftaran kami bertemu dengan Brother Asli, beliau guide snokerling kami di sini. Asli akan membawa kami ke Kapalai untuk snorkerling...yayayya... Tak Sabar..... Basah-basah kaki, tak sabar nak g snookerling Anak-anak bajau laut sedang mencari ikan Jernihnya air Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, sebelah hotel kami je Resort sebelah hotel kami Kapalai ini, satu pulau beting pasir, x de pokok pun, kire macam dekat Maldives. ada satu resort dekat sini. Harganya pun boleh tahan semalam. Pelancong Shanghai yang kami jumpa semalam di airport KLIA2 tu menginap dekat sini. Pemandangan 360 darjah laut je..tempat ni memang cantik, beting pasar yang putih, air laut yang sangat bersih, batu karang yang terpelihara. Kami nak ke Kapalai Heading to Kapalai Kapalai Resort & Hotel. Satu-satunya resort dekat sini. 2H1M 1K+++ ;) Aktiviti pertama kami sampai di sini. Teruja nak

Jom Kita ke Pulau Mabul, Sabah (2)

Image
P agi tu kami bangun awal. Terdengar azan waktu subuh. Waktu masa tu awal lagi. Dalam jam 4.45 pagi lebih kurang. Ye lah kat sini, siang lebih awal dari semenanjung. Kami pagi tu perlu check-out awal dari berjalan kaki ke jeti. Seterusnya kami ke kaunter Sipadanborneo untuk mendaftarkan diri. Mengantuk, Bangun awal Ke mana tu yeop Restoran pun baru buka Bergambar di sini dulu Cantik betul pemandangan pagi ni, angin sepoi-sepoi bahasa Selepas kami mendaftar di kaunter Sipadan Borneo, kami menunggu bot kami sampai..sambil tu layan pemandangan pagi dekat Semporna ni, memang SEMPURNA.....Best. Akhirnya, selepas beberapa ketika, bot kami sampai..bismillah, cuaca pagi tu sangat baik. Mabul aku datang..bermula lah perjalanan kami. Bot pun bergerak meninggalkan Semporna menuju ke Pulau Mabul, kami bertiga je  termasuk driver bot tu. Kam i enjoy melihat pemandangan laut luas, di hiasi dengan pulau-pulau kecil yang memuk